fbpx

Murid SK Dato’ Wan Kemara teruja disambut Iron Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid SK Dato' Wan Kemara disambut adiwira, Iron Man pada hari pertama persekolahan hari ini.

JITRA – Seramai 464 murid tahun satu dan dua serta pra sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara di Changlun dekat sini teruja apabila disambut adiwira, Iron Man pada hari pertama persekolahan secara bersemuka yang bermula hari ini.

Kehadiran individu memakai kostum Iron Man di pagar sekolah itu merupakan antara inisiatif dilakukan pihak sekolah menerusi program Seronoknya Mai Sekolah bagi mengurangkan rasa gugup murid baharu.

Guru Besar sekolah tersebut, Mohd. Nizam Saidin berkata, kalangan murid yang memulakan persekolahan hari ini dilihat teruja dengan aksi Iron Man.

“Pihak sekolah juga menghadiahkan buku nota supaya murid lebih bersemangat untuk ke sekolah selain berasa dihargai,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Katanya, murid yang memulakan persekolahan semalam terdiri daripada 199 murid tahun satu, 203 murid tahun dua dan 50 murid prasekolah serta 12 murid pendidikan khas.

“Daripada segi prosedur operasi standard (SOP), pihak sekolah mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mewajibkan pelitup muka dan penjarakan fizikal selain semua murid dipantau guru.

“Sekolah juga memperkenalkan penyuraian murid semasa pulang iaitu menjarakkan waktu pulang murid tahun satu dan dua ,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI