fbpx

SK (P) Sultan Ibrahim terima enam pasangan kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru Besar Rosmawati Mohamed (belakang kiri) serta YDP PIBG, Amirul Sureshgaran Abdullah (kanan) menyambut pasangan kembar di SK (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) di sini menempa sejarah apabila menerima enam pasangan kembar memulakan sesi persekolahan 2021 bermula hari ini.

Pasangan kembar tersebut merupakan satu dari pra sekolah, empat pasangan kembar tahun 1 manakala satu pasangan kembar tahun 2.

Guru Besar SK (P) Sultan Ibrahim, Rosmawati Mohamed berkata, setakat ini terdapat enam pasangan kembar bermula dari pra sekolah hingga Tahun 2 yang memulakan sesi persekolahan.

Menurutnya, pasangan kembar tersebut ialah Qisya Elena Yusoff dan Qistina Elena Yusoff, 8; Aleesya Humayraa Mohd. Helmi dan Aqeelah Humayraa Mohd. Helmi; Qisya Safiya Muhammad Hanafi dan Qisya Sofiya Muhammad Hanafi.

“Nur Sarah Mohammed Izuan dan Nur Suraya Mohammed Izuan; serta pasangan kembar Auni Delisyah Muhammad Ariff dan Aufa Darwisyah Muhammad Arif masing-masing berusia 7 tahun.

“Pihak sekolah amat gembira dengan kehadiran enam pasangan kembar yang teramai setakat ini bersekolah di sini dari pra sekolah hingga darjah 2,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

SK (P) Sultan Ibrahim (SIGS) merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi yang menjadi idaman setiap ibu bapa untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah ini berikutan banyak penyampaian cemerlang yang dicapai.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Amirul Sureshgaran Abdullah berkata, kesungguhan para pendidik sekolah ini yang diketuai guru besar menjadikan sekolah ini menjadi rebutan ibu bapa untuk menghantar anak mereka.

“Para pendidik sekolah ini amat berdidikasi dan sentiasa bekerja keras memastikan anak-anak murid yang belajar disini mencapai keputusan cemerlang bagi mengekalkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT),” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI