fbpx

Baju vintaj Nike bernilai RM37,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhairi menunjukkan baju vintaj Nike Geisha Official yang dijual pada harga RM37,500 kepada seorang pembeli dari Kuala Lumpur.

PASIR MAS – Sehelai baju-T jenama Nike terpakai atau vintaj yang bercetak gambar Geisha Official berjaya dijual pada harga RM37,500 oleh seorang peniaga bundle dari Kampung Tok Uban di sini baru-baru ini.

Baju-T edisi terhad yang dianggarkan berusia 40 tahun itu dijual secara bidaan menerusi jualan secara langsung di Facebook milik Mohd. Suhairi Mat Daud, 40 atau Mat Yie Tok Ube.

Menurut Mohd. Suhairi, harga yang dibida oleh individu bernama Otai Lee disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini.

Menurutnya, dia terkejut apabila individu dari Kuala Lumpur itu sanggup membuat bidaan pada harga tersebut.

“Alhamdulillah, ia rezeki buat saya dan keluarga. Saya berterima kasih kepada Otai Lee yang sanggup membayar terus sebaik sahaja berjaya dalam acara bidaan itu.

“Orang ramai melihat baju ini sebagai sebagai kain buruk. Bagi peminat pakaian vintaj, ia sesuatu yang bernilai kerana mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mohd. Suhairi memberitahu, dia akan terus menghantar pakaian itu kepada pelanggan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya melambat-lambatkan penghantaran.

Katanya, ini kerana, baju-T miliknya pernah hilang ketika proses penghantaran dilakukan sebelum ini.

“Baju Nike Geisha Official merupakan edisi terhad dan difahamkan hanya 10 helai sahaja yang berada di negara ini.

“Melihat kepada situasi itu, tidak hairan jika nilai baju-T itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI