fbpx

Tak sakit, rasa macam gigitan semut kecil – Muhammad Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menerima suntikan vaksin yang dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan, Haidar Fikri Rusli Nazir di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan suntikan vaksin yang diterimanya hari ini tidak menyakitkan yang mana rasanya hanya seperti gigitan semut sahaja.

Muhammad Sanusi menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Wisma Darul Aman di sini kira-kira pukul 5.05 petang tadi.

Katanya, suntikan yang diterimanya itu tidak menyakitkan, malah beliau tidak mengalami sebarang gejala selepas menerima vaksin tersebut.

“Rasa macam gigitan semut yang kecil tetapi disebabkan saya ini jenis ‘kahaq’ (kasar) sikit, jadi tidak rasa apa-apalah, siap boleh gelak lagi.

“Selepas berehat selama setengah jam, saya tidak langsung rasa pening atau lenguh manakala pemeriksaan dijalankan mendapati tekanan darah juga normal iaitu 128/77. Angka itu sangat baiklah untuk individu berusia seperti saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Muhammad Sanusi, turut menerima suntikan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang.

Tiga lagi ialah Penolong Pegawai Perubatan Kanan, Abdul Rahim Zakaria; Penolong Pegawai Perubatan, Muhammad Hafiz Ibrahim dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, M. Shaarvin Raj.

Kata beliau, setakat ini Kedah telah menerima sebanyak 50,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk 25,000 individu terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, secara keseluruhan, dianggarkan seramai 1.76 juta individu berusia 18 tahun ke atas di negeri ini akan menerima suntikan vaksin tersebut selepas ini.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini supaya bersikap positif dan sentiasa bersedia untuk menerima vaksin pada bila-bila masa demi kebaikan bersama.

“Kita yakin proses vaksinasi ini akan menurunkan kadar jangkitan di Kedah, jadi kita amat berharap supaya rakyat Kedah segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI