fbpx

PKPD di asrama pekerja Imperial Garments

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di asrama pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula esok sehingga 14 Mac depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat susulan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 524 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 213 orang dilaporkan positif Covid-19.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di asrama pekerja terbabit selama 14 hari bermula esok.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak akan ditamatkan esok.

Katanya, sepanjang tempoh PKPD, KKM telah melaksanakan 582 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 16 kes telah direkodkan.

“KKM mengesahkan tiada kes aktif di lokaliti ini, keadaan adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI