fbpx

Mek Lijah ditemui selamat dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIJAH yang keletihan diangkat anggota bomba selepas dijumpai di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kamung Gaung Hangus, Tok Dor, Ajil di Hulu Terengganu malam tadi.

HULU TERENGGANU – Pencarian selama lebih 36 jam menjejak seorang warga emas yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu berakhir selepas wanita itu ditemui lemah di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gaung Hangus, Tok Dor, Ajil di sini malam tadi.

Lijah Embong, 81, ditemui penduduk kampung dalam keadaan duduk bersila dan tidak bermaya di lokasi itu pada pukul 9.50 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Hanaffi Mohd. berkata, ladang kelapa sawit yang merupakan lokasi wanita warga emas mengalami masalah kekurangan daya ingatan terbabit dijumpai terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Sebelum itu, seorang penternak lembu telah menjumpai sepasang selipar dan kain batik dipercayai milik Mek Lijah.

“Berdasarkan petunjuk berkenaan, gerakan mencari dan menyelamat terus dilancarkan di dalam kawasan ladang kelapa sawit berkenaan sebelum berjaya menemui mangsa berjaya beberapa jam kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan ahli keluarga wanita tersebut risau selepas warga emas berkenaan yang gemar merayau-rayau di sekitar kawasan kampung tidak pulang ke rumah pada lewat petang Rabu lalu.

Kali terakhir Lijah dijumpai berada di dalam sebuah surau lama di Kampung Gaung Hangus pada pukul 3 petang, hari tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI