fbpx

Dua kanak-kanak ditemukan lemas, satu hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kanak-kanak ditemukan lemas di Pantai Sungai Ular di Kuantan, Pahang.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN -Tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular, dekat sini, petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6 petang.

“Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, kejadian membabitkan tiga mangsa itu berlaku antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang iaitu dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikatakan mandi di kawasan pantai berkenaan, sebelum dilaporkan lemas.

“Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sebaik laporan diterima membabitkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APM dan turut dibantu penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata, mayat seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi berusia sembilan tahun ditemukan kira-kira pukul 6 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan pantai itu kemudiannya berjaya menemui mayat seorang lagi mangsa, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 tahun, kira-kira pukul 7 petang.

 

“Usaha mengesan seorang lagi mangsa, Mohd Fazrul Hakimi Ariffin, 11 tahun, terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan gelap di kawasan pantai berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan sekitar pukul 7.30 malam.

“Kita akan meneruskan operasi (mencari dan menyelamat) pagi ini dan berharap mangsa terakhir dalam insiden ini dapat ditemui segera,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI