fbpx

18 pelepasan boleh dituntut dalam pengiraan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA 18 pelepasan boleh dituntut dalam pengiraan cukai tahun taksiran 2020.

PETALING JAYA- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggariskan sebanyak 18 kategori pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran 2020.

Antara pelepasan itu termasuklah bagi kategori individu, orang kelainan upaya (OKU), gaya hidup serta insuran nyawa.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, had maksimum pelepasan boleh dituntut bagi kategori individu dan saudara tanggungan ialah sebanyak RM9,000.

“Pelepasan kategori OKU pula ialah sejumlah RM6,000 manakala sebanyak RM5,000 bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.

“Bagi kategori gaya hidup, pelepasan sehingga RM2,500 diberikan untuk pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar serta langganan internet,” katanya.

Katanya, LHDN turut menawarkan tambahan pelepasan sebanyak RM2,500 lagi bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet antara 1 Jun hingga 31 Disember 2020. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI