fbpx

Chalet buluh musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN beberapa buat chalet yang musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Rantau Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau, Seremban, hari ini.-Ihsan Bomba

SEREMBAN – Sebanyak enam buah chalet yang diperbuat daripada buluh dan batu musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Rantau-Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Rantau, Mohd. Izzuwan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.34 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Kami dimaklumkan enam buah chalet yang berada sebaris berkeluasan 20X40 kaki persegi itu dikatakan sudah lama terbiar.

“Api marak dengan cepat akibat chalet berkenaan diperbuat separuh batu dan separuh buluh.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 4.01 petang, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Izzuwan memaklumkan, seramai enam anggota dari Balai Bomba Rantau dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya turut menerima bantuan daripada anggota dari Balai Bomba Senawang dan bBalai Bomba Rembau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI