fbpx

Beri tips rider RM1,000, mohon doa dikurnia zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penghantar makanan berkongsi kejadian dia menerima sampul wang tunai berjumlah RM1,000 daripada pelanggannya tular baru-baru ini.

IBARAT mendapat durian runtuh. Seorang penghantar makanan mendapat rezeki terpijak daripada seorang wanita selepas menerima sagu hati bernilai RM1,000 daripada pelanggannya.

Perkara berkenaan dikongsi Muhammad Faris Faizul dalam Facebook dengan memuat naik foto wang tunai yang diterimanya.

Difahamkan, pelanggan tersebut turut menyelit sekeping nota meminta Faris mendoakan dirinya agar segera memperoleh zuriat.

Faris juga menyuarakan hasrat ingin menyumbangkan sebahagian wang yang diterimanya kepada golongan memerlukan. Rata-rata netizen turut memuji tindakan wanita tersebut dan menitipkan doa agar dia diberikan rezeki zuriat tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI