fbpx

BTS paling banyak diciap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

KUMPULAN K-pop fenomena terkenal, BTS sekali lagi membuktikan pengaruh besar mereka apabila menduduki tangga pertama senarai artis yang paling banyak diciap (tweet) sepanjang tahun lalu oleh pengguna laman sosial Twitter di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi hasil kajian dilakukan oleh Twitter, BTS menjuarai carta Top 10 tersebut yang kemudiannya diikuti oleh Kanye West, Beyonce, Drake, Megan Thee Stallion, Harry Styles dan Bad Bunny.

Selain BTS, tiga lagi kumpulan K-pop yang tersenarai ialah ATEEZ, NCT dan EXO.

Pencapaian luar biasa BTS menembusi pasaran muzik AS diraih selepas mereka berjaya mengungguli carta lagu Billboard Hot 100 menerusi penerbitan single Inggeris pertama, Dynamite pada Ogos tahun lalu.

BTS turut mencipta nama dan sejarah tersendiri apabila berjaya tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 yang akan berlangsung pada 14 Mac nanti.

Untuk rekod, BTS yang bernaung bawah label Big Hit Entertaiment ditubuhkan pada tahun 2013 dan dianggotai tujuh anggota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI