fbpx

Tiada halangan hantar anak pulang ke asrama – MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ibu bapa yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri serta daerah untuk menghantar anak mereka ke sekolah atau asrama kini boleh berbuat demikian tanpa perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut sudah dibincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara.

“Ibu bapa yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri mahupun daerah dengan tujuan menghantar anak ke sekolah atau asrama kini hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Jadi saya jangkakan tiada isu akan timbul di sekatan jalan raya selepas ini apabila ibu bapa mula menghantar anak mereka pulang ke sekolah selepas ini,” katanya pada sidang akhbar harian Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan pada 19 Februari lalu mengumumkan tentang pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh negara bermula 1 Mac ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI