fbpx

Penolong pegawai pejabat Tanah Daerah ditahan minta suapan RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM -Seorang Penolong Pegawai  Pejabat Tanah Daerah di negeri ini diberkas selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan proses permohonan kebenaran merancang dan kerja tanah di Selangor, Januari lalu.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan kira-kira pukul 3.45 petang selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.

Kata sumber, suspek dipercayai telah meminta wang sebanyak RM20,000 daripada seorang individu bagi permohonan tanah dengan RM10,000 sebagai pendahuluan.

“Difahamkan, individu terbabit telah  memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun bank suspek manakala selebihnya selepas mendapatkan kelulusan permohonan tersebut.

“Selain itu, suspek juga dipercayai turut meminta RM8,000 daripada individu lain bagi proses yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan itu dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI