fbpx

Mengaku tidak salah ugut sebar gambar lucah tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG – Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut menyebarkan gambar lucah tunangnya termasuk menyimpan dalam telefon bimbit.

Tertuduh yang berusia 22 tahun membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa telah menakutkan secara jenayah dengan mengugut untuk menyebarkan video dan gambar lucah wanita berusia 21 tahun di sebuah pangsapuri di ,Taman Gombak Permai, Gombak di sini pukul 10 malam pada 24 Januari lalu.

Pertuduhan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Nuraiman didakwa telah menyimpan video dan gambar lucah mangsa yang sama di dalam simpanan galeri telefon bimbit milik tertuduh di Pejabat Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini pukul 5.30 petang pada 25 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Namun peguam G.Visvanathan Nair yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan sorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI