fbpx

Isu seks luar tabii, undang-undang Syariah Selangor tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah membenarkan pengisytiharan yang dimohon seorang lelaki berusia 35 tahun bahawa Seksyen 28 itu tidak sah dengan alasan badan perundangan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang.

Seksyen 28 Enakmen itu memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan Syariah bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana lelaki, perempuan atau binatang dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman itu.

Terdahulu, semasa prosiding panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata hanya Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Katanya, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan itu (Seksyen 28) adalah bercanggah dengan item 1 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

“Oleh itu, Seksyen 28 adalah tidak konsisten dan terbatal,” katanya menerusi prosiding dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI