fbpx

Dakota Utara mansuh peraturan wajib pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rang undang-undang Dakota Utara telah memansuhkan penggunaan pelitup muka di negeri itu. - Alamy Stock Photos

BISMARCK, Dakota Utara – Dewan Perwakilan Negeri Dakota Utara, Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang yang memansuhkan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka, lapor New York Post kelmarin.

Mandat tersebut digubal oleh salah seorang anggota dewan yang menyifatkan keperluan memakai pelitup muka sebagai ‘bodoh dan jahat’.

Dalam mesyuarat itu, dewan rendah negeri mendapat suara majoriti 50-44 untuk melarang pentadbiran, sekolah dan perniagaan negeri daripada mewajibkan pemakaian pelitup muka sepanjang penularan pandemik Covid-19, lapor akhbar The Grand Forks Herald.

Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Dewan Senat untuk tindakan kelulusan seterusnya.

“Tindakan mewajibkan pemakaian pelitup muka adalah konspirasi birokrat kaya untuk menyekat kebebasan rakyat.,” kata wakil negeri dan penaja rang undang-undang, Jeff Hoverson kepada Prairie Public Press.

Sementara itu, seorang lagi wakil negeri, Jason Dockter berpendapat bahawa larangan pemakaian pelitup muka akan membebaskan penduduk di situ daripada kawalan pemerintah tempatan.

“Seseorang itu perlu diberi pilihan sama ada mahu mewujudkan mandat pemakaian pelitup muka atau tidak,” ujarnya.

Idea berkenaan undang-undang itu muncul selepas Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum mengenakan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di seluruh negeri, November lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI