fbpx

Remaja derita hidap ketumbuhan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAFIZAH (kanan) menunjukkan imbasan X-ray ketumbuhan dalam kepala Rafidah (kiri) kepada Mohd. Hamidi (tengah) di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun risau memikirkan masa depannya selepas disahkan mempunyai ketumbuhan sebesar dua senti­meter di dalam kepala.

Keadaan itu menyebabkan Rafidah Najwa Jamaludin perlu berulang-alik dari rumah keluarga­nya di Taman Bukit Perdana di sini ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut sejak Mac tahun lalu.

Rafidah yang bercita-cita menjadi seorang guru berkata, tanda-tanda awal penyakit tersebut adalah kerap sakit kepala dan kebas dari aras pinggang ke bawah.

“Saya harap dapat sembuh daripada penyakit ini selepas menjalani rawatan,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Perdana di sini baru-baru ini.

Ibunya, Norhafizah Wagiman, 47, pula berkata, dia kerap me­ninggalkan pekerjaannya sebagai pembantu gerai makan untuk menjaga anaknya itu.

Katanya, situasi itu menyebabkan gajinya berkurangan, malah pendapatan suaminya dan anak lelaki kedua yang bekerja sendiri sebagai pendawai elektrik turut terjejas akibat Covid-19.

“Kos ulang-alik setiap kali ke HSA untuk pemeriksaan dan rawatan mencecah RM200 hingga RM300 tidak termasuk rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Pembedahan di dalam kepala berisiko kerana kesannya terhadap urat tangan dan kaki. Ketika ini pun dia kerap kebas,” katanya ketika ditemui di Taman Bukit Perdana di sini baru-baru ini.

Norhafizah memberitahu, setakat ini doktor mengesahkan penyakit yang dihidapi anak bongsu daripada empat beradik itu bukan kanser, namun berbahaya kerana ia boleh menyebabkan lumpuh dan strok.

“Pada April dan Mei ini kami ada janji temu pemeriksaan MRI (pengimejan resonans magnetik) di HSA untuk menentukan pe­nyakit dan rawatan seterusnya yang perlu dilakukan,” ujarnya.

Pengerusi Biro Kebajikan Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri DUN Penggaram, Mohd. Hamidi Mad Tap berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada Jabatan

Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal Majlis Agama Islam­ Negeri Johor untuk bantuan sesuai.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh meng­hubungi abang Rafidah, Mohd. Amirul Fitri Jamaludin di talian 012-7075451.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI