fbpx
Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang dekat Perai yang terbakar semalam. Foto IHSAN BOMBA

Tiada kebakaran baharu kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tanaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada kebakaran baharu membabitkan kabel elektrik di Kilometer (KM) 3.2 Jambatan Pulau Pinang dekat Perai di sini hari ini.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin berkata, arus elektrik pada kabel telah dimatikan secara automatik ketika kebakaran semalam.

“Hasil siasatan TNB mendapati tiada kebakaran semula berlaku (hari ini) pada ketiga-tiga kabel 132kV yang terbakar semalam.

“Kumpulan teknikal kami yang berada di lokasi mendapati kepulan asap yang timbul pagi tadi dan dipadamkan pihak bomba adalah kesan dari sisa-sisa kebakaran yang berlaku semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussaini berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada kabel tempoh hari.

“Pasukan kami bersama pihak PLUS Malaysia Berhad dan bomba sentiasa memantau keadaan demi keselamatan pengguna jambatan tersebut,” katanya.

Media hari ini melaporkan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi tadi selepas kabel elektrik di bawah jambatan itu didakwa terbakar sekali lagi dan mengeluarkan asap.

Terdahulu, pengguna Jambatan Pulau Pinang semalam gempar selepas kebakaran yang tercetus itu mengeluarkan asap hitam dari lubang kecil di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. – K! ONLINE.