fbpx
GARA-GARA hendak memberi kata-kata semangat buat Janna Nick, Lia Natalia turut menjadi sasaran kemarahan peminat K-pop.

Anda terbaik! – Lia Natalia minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Di sebalik kontroversi dan apa yang terjadi, anda memang terbaik! Saya berharap dapat kelompok peminat seperti anda untuk menyokong kerjaya seni saya. Saranghaeyo!.”

Demikian respons pelakon Lia Natalia dalam satu permohonan maaf berhubung tindakannya cuba mempertahankan reputasi Janna Nick daripada terus mangsa menjadi serangan peminat fanatik K-pop.

Menerusi komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Janna, Lia sebelum ini menasihatkan golongan peminat dunia hiburan K-pop agar tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan Janna terpaksa bersumpah dengan al-Quran.

Terdahulu, Lia menjelaskan komen terbabit ditinggalkan menerusi akauan Janna hanyalah sebagai kata-kata perangsang buat pelakon wanita itu yang dikecam hebat, khususnya menerusi Twitter.

Enggan memanjangkan isu yang masih menjadi bualan hangat, Lia memilih membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Maafkan saya seandainya komen yang ditinggalkan itu menyinggung mana-mana pihak. Seharusnya saya meletakkan diri ditempat penggemar muzik Kpop sebelum bersuara,” tulis pelakon berusia 29 tahun itu.

Sebelum ini, nama Janna menjadi viral di Twitter apabila video yang dirakamkan Sharifah Sakinah yang didakwa mentertawakan artis K-pop yang meninggal dunia pada tahun 2017 dimuat naik semula. – K! ONLINE