fbpx

POIS mampu turunkan kadar jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (dua kanan) menyerahkan sijil POIS kepada Juan (dua kiri) di Kilang Perusahaan Nestle, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Pelaksanaan program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) dijangka mampu menurunkan 50 peratus kadar jangkitan Covid-19 di kawasan tempat kerja di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sistem yang diperkenalkan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) itu berfungsi mengenal pasti kes positif lebih awal dan memastikan operasi majikan terus berjalan.

Menurut beliau, statistik menunjukkan kira-kira 80 peratus kes Covid-19 di negeri ini melibatkan sektor tempat kerja termasuk perindustrian.

“Justeru, POIS diwujudkan bagi menanganinya menerusi sistem khas dan bukan hanya datang untuk menghentikan operasi selepas sesuatu kes dikesan.

“Saya yakin kes di tempat kerja dapat dikurangkan sehingga 50 peratus sekiranya semua majikan pelbagai sektor mengikuti sistem ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan POIS itu di Kilang Perusahaan Nestle, Seksyen 15 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Eksekutif Nestle Malaysia Berhad, Juan Aranols.

Inisiatif pelaksanaan POIS itu melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn. Bhd., pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Mengulas lanjut, kata Amirudin, kerajaan negeri bagaimanapun belum mewajibkan semua majikan untuk mendaftar POIS.

“Sistem secara sukarela itu melibatkan banyak perkara seperti faktor pelesenan dan kebenaran untuk beroperasi. Kita akan meneliti kesesuaian dan menyelaraskan sistem berkenaan secara menyeluruh kelak,” katanya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI