fbpx
Lisdawati dan Fauzi

Lisdawati ajak Fauzi bersanding semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kecewa kerana tidak boleh berkongsi gambar kenangan perkahwinan dalam media sosial seperti kebanyakan pasangan lain, pelakon Lisdawati menyuarakan hasrat untuk bersanding semula dengan suaminya, Fauzi Nawawi.

Menurut pelakon berusia 43 tahun itu, peluang untuk berkongsi foto kenangan semasa berkahwin terpaksa dipendam memandangkan semuanya berlaku ketika dia belum berhijab dan tidak menurut aurat seperti sekarang.

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, Lisdawati menyatakan pasangan yang bernikah dalam keadaan menutup aurat sangat bertuah kerana boleh mengenang kembali dan berkongsi momen indah tersebut dengan semua orang pada bila-bila masa.

“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat.

“Jangan jadi macam saya, terkecewa sebab semua itu hanya memori dan tak boleh tayang lagi,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, aktres KL Menjerit itu turut berseloroh dengan mengajak suaminya yang juga pelakon Fauzi Nawawi untuk bersanding semula seandainya diberi kesempatan.

“@fauzinawawi2020, kalau ada bajet, kita nikah sanding balik nak?,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina kedua-dua pasangan itu kekal bahagia hingga akhir hayat.

Terdahulu, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.- K! ONLINE