fbpx

Everton lenyapkan badi Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Everton meraikan kejayaan menewaskan Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Kapten Everton, Seamus Coleman tidak dapat menyembunyikan kegembiraan terhadap kejayaan mereka menewaskan musuh Liverpool 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield awal pagi semalam.

Ia sekali gus menamatkan penantian Everton untuk mencatat kemenangan ke atas musuh setempat itu dalam semua kejohanan sejak kali terakhir dilakukan di Goodison Park pada 2010.

Lebih manis, kemenangan kali ini diraih di gelanggang keramat The Reds yang sudah 22 tahun kebal tidak pernah tewas kepada Everton sejak 1999.

“Satu perasaan yang sangat hebat selepas sering kecewa dengan keputusan di sini (Anfield), akhirnya kami boleh pulang dalam keadaan tersenyum.

“Saya sudah berada di sini selama 10 tahun dan sentiasa rasa bersalah kepada penyokong di­sebabkan keputusan-keputusan terdahulu. Terima kasih kepada jurulatih yang banyak membantu kemenangan kami,” kata Coleman.

Dua gol Everton dalam aksi itu diperoleh menerusi Richarlison dan Gylfi Sigurdsson masing-masing pada minit ketiga serta 82 sekali gus ‘menghadiahkan’ Liverpool kekalahan keempat berturut-turut di Anfield buat kali pertama sejak 1923.

Meskipun gembira dengan kemenangan itu, namun Coleman, 33, berharap rakan-rakan sepa­sukannya tidak berasa terlalu selesa menjelang perlawanan akan datang.

“Kami tidak boleh terlalu gembira dengan kemenangan ini dan perlu fokus untuk perlawanan seterusnya. Ini permulaan baharu buat Everton,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI