fbpx

Lelaki tersangkut dengan kucing atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba cuba menurunkan kucing tersebut sebelum ia terjatuh dari pokok itu. - DAILY STAR

LONDON – Seorang lelaki terpaksa berdepan detik cemas apabila tersangkut di atas sebatang pokok setinggi 10 meter ketika mahu cuba menurunkan kucingnya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Menurut penyelamat haiwan, Stephen Wickam, pihak bomba Rochdale, Greater Manchester terpaksa menggunakan tangga sepanjang 10 meter untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.

“Saya telah bekerja selama 25 tahun dengan persatuan haiwan dan pernah membantu menurunkan banyak kucing yang terperangkap di atas pokok tinggi.

“Ini adalah kejadian kali kedua yang pernah saya lihat apabila pemilik kucing turut tersangkut di atas pokok,” katanya.

Kucing itu dilaporkan telah tersangkut di atas pokok itu selama lima hari sebelum tuannya nekad memanjat naik bagi mendapatkan haiwan kesayangannya itu.

Menurut Wickam, dalam kes seperti ini, kebanyakan kucing berupaya untuk turun sendiri dari atas pokok melainkan terdapat situasi tertentu yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

“Jika tidak perlu atau benar-benar kecemasan, kami nasihatkan pemilik untuk cuba mengumpan kucing dengan makanan beraroma kuat seperti ikan bagi membantunya turun dan jika tidak berhasil dalam tempoh 24 jam, hubungi kami,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI