fbpx

288 sekolah disanitasi untuk persediaan SPM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota melakukan semburan sanitasi di dalam dewan peperiksaan menjelang SPM esok sempena Gerak Kerja Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di SMK Majidee 2, Kangkar Tebrau, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 288 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor telah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Semua sekolah terbabit merupakan sekolah yang terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan Covid-19 bermula esok.

Proses sanitasi dan disinfeksi tersebut melibatkan dewan peperiksaan dan bilik darjah yang akan digunakan untuk peperiksaan berkenaan telah dijalankan sejak kelmarin.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima sebanyak 35 permohonan untuk melakukan operasi sanitasi awam bersepadu di sekolah di negeri Johor termasuklah sekolah yang akan menjalani peperiksaan SPM pada tahun ini.

“Sehingga kini pihak bomba telah melakukan sanitasi dan disinfeksi ke atas 288 buah sekolah seluruh negeri ini.

“Proses nyah kuman ini dilakukan ke atas dewan peperiksaan dan bilik darjah yang akan digunakan untuk peperiksaan SPM esok,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Operasi Sanitasi Awam Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee 2, Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Dalam operasi itu, seramai 25 anggota daripada Balai Bomba dari Penyelamat Tebrau terlibat dalam kerja-kerja sanitasi dan infeksi yang mengambil masa kira-kira satu jam.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI