fbpx
GAMBAR yang dimuat naik Athirah di Facebook yang memaparkan dia melahirkan bayi perempuan di pekarangan wad bersalin PPUM, Rabu lalu.

Wanita kongsi pengalaman lahirkan anak dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita berkongsi pengalaman melahirkan bayi perempuan sambil ditemani oleh suami dan dua orang anak kecil ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital meraih perhatian netizen.

Menerusi perkongsian wanita yang dikenali sebagai Athirah Yusof menerusi laman Facebook memaklumkan kejadian itu berlaku pada Rabu lalu.

Menurut Athirah, dia terus melahirkan bayi tersebut sejurus tiba di hadapan wad kecemasan bersalin Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

“Kira-kira pukul 12.45 tengah hari, suami mengajak saya pergi ke hospital ditemani dua anak lelaki kami selepas saya mengalami ‘contraction’ untuk bersalin.

“Sejurus tiba di hospital kira-kira pukul 1 petang di depan pintu kecemasan wad bersalin, suami turun mendapatkan bantuan kakitangan hospital.

“Ketika itu air ketuban saya pecah dan sejurus kemudian bayi terus menggelungsur keluar dan saya bersalin dalam kereta kira-kira pukul 1.11 petang,”katanya di laman Facebook hari ini.

Kata Athirah, dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dalam kereta dan kejadian itu disaksikan dua anak mereka yang dikenali sebagai Atiq dan Anas.

“Terpinga sekejap Atiq dan Anas tengok adik dia yang dah ada depan mata berlumuran darah tu.

“Siap je suami azan dan iqamatkan ‘baby’, datang dua orang ‘nurse’ potong tali pusat baby dan bawak aku terus ke wad bersalin. Alhamdulillah, Allah makbulkan semua doa aku termasuk kerajaan izinkan suami teman ‘wife’ bersalin ketika Covid-19 ini.

Sementara itu, rata-rata netizen kagum dengan ketabahan Athirah melahirkan bayi ditemani dua anaknya di dalam kereta ketika suaminya mendapatkan bantuan kakitangan hospital.

Selain itu, netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran yang dipermudahkan dan pada masa sama mereka mendoakan agar Athirah dan bayinya itu sentiasa dalam lindungan Allah serta kedua-duanya sihat.

Sehingga pukul 3.30 petang tadi, hantaran tersebut telah dikongsi kira-kira 662 pengguna Facebook dan 423 komen.-K! ONLINE

POPULAR