fbpx

PKPD di 10 taman perumahan sekitar Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING – Sebanyak 10 taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 6 Mac depan.

Antara kawasan yang terlibat adalah Taman Desa Bangau; Taman Seberang Damai; Taman Kenari; Taman Seberang Temerloh; Taman Kelisa; Taman Jaya 2, 3, 4 dan 7 serta Desa Bangau.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, langkah tersebut diambil selepas terdapat peningkatan kes positif secara mendadak di kawasan berkenaan.

Katanya sehingga kini sebanyak 72 kes telah dilaporkan yang melibatkan penduduk yang tinggal
di taman-taman perumahan ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kawasan terlibat bermula esok sehingga sehingga 6 Mac 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI