fbpx

PKPD Bandar Raub Perdana ditamatkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang ditamatkan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan berkenaan ditamatkan bermula hari ini iaitu kira-kira lima hari lebih awal dari tarikh yang dijadualkan pada 25 Mac depan.

Beliau berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 87 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak tiga kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan situasi penularan jangkitan di lokaliti ini terkawal dan kesemua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenalpasti, disampel serta diasingkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang pada hari ini iaitu lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI