fbpx

Geran RM1.7 juta masih tersedia untuk pengusaha Taska OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINA (kiri) melihat teknik yang diajar oleh guru-guru pakar ketika lawatan ke Taska OKU Insan Berkeperluan Khas (Taska OKU Ikhlas) di Yayasan Toh Puan Zurina, Pantai Peringgit di sini, hari ini.

MELAKA – Geran sebanyak RM1.7 juta masih dibuka untuk dimanfaatkan pertubuhan bukan kerajaan dan swasta bagi membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sehingga kini kerajaan telah menyalurkan bantuan peruntukan berjumlah RM3.148 juta kepada 13 Taska OKU yang beroperasi di seluruh negara.

Katanya, peruntukan itu disediakan bagi menggalakkan lebih banyak pembukaan pusat asuhan kanak-kanak berkeperluan khas itu yang dilihat sangat penting, terutama dalam menyediakan program intervensi awal dan pengasuhan asas pengurusan diri.

Katanya, sehingga kini kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM3.148 juta kepada 13 Taska OKU di seluruh negara.

“Kita masih membuka geran bernilai RM1.7 juta untuk dimanfaatkan pengusaha pusat asuhan dengan membuka Taska OKU yang dilihat sangat penting dalam membantu survival kanak-kanak istimewa ini, serta kemudahan kepada ibu bapa.

“Jika di rumah, anak-anak ini mungkin tidak dapat membentuk pembelajaran yang diperlukan atau khusus mengikut keadaan kesihatan masing-masing, seperti yang disediakan di Taska OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Taska OKU Insan Berkeperluan Khas (Taska OKU Ikhlas) di Yayasan Toh Puan Zurina, Pantai Peringgit di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar.

Mengulas lanjut, Rina berkata, sehingga kini hanya 13 Taska OKU telah dibuka di seluruh negara dengan Taska OKU Ikhlas adalah yang pertama di Melaka.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Bantuan Geran Pelancaran berjumlah RM500,000 kepada Taska OKU Ikhlas.

Tambahnya, ibu bapa juga tidak perlu berasa rendah diri apabila anak mereka diberikan kad OKU dan sewajarnya menjadikan kad bagi golongan istimewa itu sebagai pemangkin semangat, lebih-lebih lagi ia menyediakan 26 faedah bagi membantu golongan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI