fbpx

Angkasa sumbang kit kesihatan bernilai RM27,660 kepada calon SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah (baju merah) menyerahkan kit kesihatan kepada Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Murid, Nadzri Tajudin.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyumbang kit kesihatan bernilai RM27,660 kepada 5,000 pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kit kesihatan terbabit terdiri daripada 7,000 pelitup muka pakai buang dan 5,000 cecair pembasmi kuman.

“Sumbangan yang dibekalkan menerusi Coop Farmasi Angkasa ini akan diserahkan kepada guru atau wakil daripada 16 buah sekolah menengah di sekitar negeri Selangor.

“Sumbangan ini juga merupakan salah satu program di bawah Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) Coop care Angkasa selaras dengan prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program CSR coop care Angkasa Prihatin Covid-19 di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Turut hadir pada program terbabit ialah Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail dan Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Murid, Nadzri Tajudin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI