fbpx

JBPM Putrajaya sanitasi pusat peperiksaan SPM di 11 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JBPM Putrajaya menjalankan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi hari ini di salah sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat peperiksaan SPM Tahun 2020 pada 22 Februari depan.

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya melaksanakan sanitasi dan disinfeksi di 11 buah sekolah di sini khususnya yang akan digunakan sebagai pusat peperiksaan.

Pengarah JBPM Putrajaya, Penguasa Kanan Bomba I Hafizal Mohd. Razal berkata, pihaknya dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sanitasi dan disinfeksi itu sebagai persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Isnin ini.

Beliau berkata, proses itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar yang akan menduduki SPM dari 22 Februari hingga 25 Mac depan.

“JBPM Putrajaya sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat bagi membendung penularan Covid-19 terutama kepada pelajar dan petugas SPM tahun ini.

“Justeru, dengan pelaksanaan sanitasi dan disinfeksi 11 sekolah sekitar Putrajaya pada hari ini dan semalam diharap dapat meredakan kebimbangan pelajar, petugas serta ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Hafizal berkata, pelaksanaan kerja-kerja sanitasi awam itu akan diteruskan secara berkala dengan memberikan fokus kepada sekolah-sekolah yang terbabit sehingga selesai SPM 2020 yang dijangka berakhir pada penghujung Mac depan.

Menurutnya, sehingga hari ini, JBPM Putrajaya telah melaksanakan 176 operasi sanitasi dan disinfeksi di 199 premis di sini.

“Ia termasuk pejabat-pejabat kerajaan, premis-premis swasta, kawasan perniagaan, sekolah, kuarters perumahan kerajaan dan perumahan-perumahan di sekitar Putrajaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI