fbpx

Agong perkenan aktiviti mengimarahkan masjid, surau di kawasan PKPB Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Putra

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membenarkan beberapa aktiviti mengimarahkan masjid, surau dan surau Jumaat di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, antara aktiviti dibenarkan termasuk tazkirah dan zikir munajat; kuliah Subuh; majlis akad nikah dan solat hajat.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan tazkirah dan zikir munajat dibenarkan selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari secara berselang-seli dengan mengehadkan bilangan jemaah kepada 50 peratus kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Selain itu, kuliah Subuh turut dibenarkan namun tidak melebihi 30 minit dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Manakala, majlis akad nikah pula dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Ajib berkata, solat hajat, bacaan Yaasin, doa munajat dan tahlil setiap malam Jumaat juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Beliau berkata, Jawi turut membenarkan  solat hajat selepas Maghrib pada setiap malam dan selepas solat Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI