fbpx

Kawasan pantai terjejas akan ditambak pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin (kanan) meninjau hakisan di Pantai Tanjung Batu di Pekan semalam.

Oleh NIK NAIZI HUSIN

PEKAN – Kawasan pantai yang terhakis teruk di negeri ini akan ditambak dengan pasir dalam usaha memulihkan dan memulihara kembali pantai-pantai berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, proses tambakan pasir itu akan diberikan keutamaan kepada kawasan pantai yang dikenalpasti terjejas teruk.

“Proses penambakan pasir ini akan diutamakan dan disegerakan di kawasan pantai yang mempunyai aktiviti seperti kawasan pelancongan dan yang mempunyai penempatan penduduk.

“Bagaimanapun proses inventori akan dilaksanakan terlebih dahulu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang untuk melakukan kajian yang lebih menyeluruh termasuklah melihat jenis pasir yang sesuai untuk ditambak di kawasan pantai terjejas,”katanya selepas meninjau keadaan hakisan di Pantai Tanjung Batu di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Ir. Mohd Noor Bidin; Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Mohd Sani Daud dan Pengurus Besar Pelancongan Pahang Datuk Ishak Mokhtar.

Menurut Mohd. Sharkar antara 10 kawasan pantai yang dikenal pasti terjejas teruk akibat hakisan pantai termasuklah Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, Pantai Nenasi dan Pantai Tanjung Batu.

Beliau berkata kos untuk menambak pantai berkenaan dengan pasir dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM10 juta bagi satu kilometer pantai yang akan dimasukkan dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kawasan yang ditambak dengan pasir ini dijangka akan dapat dikekalkan dalam jangka masa antara lima hingga 10 tahun akan datang bergantung kepada proses alam semulajadi,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI