fbpx

[VIDEO]Tujuh kenderaan terbakar angkara khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada kenderaan pelbagai jenis yang musnah terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat di sebuah PPR di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh buah kenderaan pelbagai jenama musnah dalam satu kebakaran disyaki akibat perbuatan khianat di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam tentang kebakaran yang berlaku di tempat letak kereta awam PPR berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh buah kenderaan pelbagai jenis telah terbakar.

“Pihak Forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi kejadian telah menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Basri, sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan akan dibawa ke makmal untuk menganalisa punca sebenar kebakaran.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” tegas beliau. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI