fbpx

Suami wadar pula ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkiflee Rashid (dua dari kiri) melihat suami kepada warden wanita Sekolah Henry Gurney (SHG), berusia 42 tahun yang dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Balai Polis Melaka Tengah selepas didapati positif dadah jenis syabu.

MELAKA – Polis menahan suami wadar Sekolah Henry Gurney (SHG), Telok Mas selepas lelaki itu turut dipercayai positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari hari ini di Balai Polis Tengkera.

“Tangkapan dibuat susulan penahanan isterinya. Air kencing lelaki itu didapati positif syabu.

“Polis akan membuat permohonan reman ke atas lelaki itu esok di Mahkamah Melaka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil soal siasat lelaki itu yang menganggur mengaku telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak 17 tahun lalu.

“Suspek memiliki rekod jenayah lampau kes dadah dan dipercayai mempengaruhi isterinya mengambil dadah sejak lima tahun lalu.

“Setakat ini pihak polis masih menyiasat pembabitan individu lain termasuk pembekal dadah kepada pasangan berkenaan,” katanya

Zulkiflee berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, wadar wanita yang ditahan pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Pasangan itu mempunyai tujuh anak berusia empat bulan hingga 13 tahun.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang wadar Sekolah Henry Gurney diheret penyelianya ke Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah sebelum ditahan selepas selepas didapati positif dadah jenis amphetamine (AMP) dan syabu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI