fbpx

Skuad Projek miliki mentaliti gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 17 orang daripada 27 pemain Skuad Projek MSN-FAM tekun mengikuti modul kelas online kerana bakal menduduki peperiksaan SPM 2020 bermula 22 Februari ini.

KETUA jurulatih Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN), Yusri Che Lah berbangga dengan mentaliti serta komitmen anak-anak buahnya meskipun bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 22 Februari ini.

Kata Yusri, seramai 17 daripada 27 pemain yang mewakili Skuad Projek FAM-MSN musim ini akan menghadapi SPM 2020 sebelum tumpuan dialihkan untuk mengharungi saingan Liga Premier yang akan bermula pada 5 Mac depan.

“Saya sangat berpuas hati dengan komitmen barisan pemain meskipun terpaksa membahagikan tumpuan buat sementara waktu kerana 17 daripada pemain ini akan menduduki SPM 2020 minggu depan.

“Pihak MSN telah menyediakan modul kelas online buat barisan pemain pada sesi pagi sebelum bersama rakan-rakan sepasukan lain untuk mengharungi latihan intensif pada sesi petang.

“Motivasi mereka tidak terjejas malah cukup bersemangat kerana akan mengharungi minggu-minggu penting iaitu menduduki SPM 2020 sebelum beraksi dalam saingan Liga Premier buat kali pertama dalam karier mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Skuad Projek FAM-MSN telah ditubuhkan pada penghujung tahun lalu bagi membuka ruang dan peluang buat barisan bekas pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bawah 19 tahun negara (B-19) merasai saingan kompetitif.

Mengulas lanjut, Yusri yang juga bekas pengendali pasukan Kelantan musim lepas mengakui sudah merangka pelan untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum sepak mula Liga Premier berlangsung.

“Saya ada merancang untuk pa­sukan ini merasai aksi persahabatan pramusim tetapi dalam keadaan sekarang, kami perlu me­nunggu terlebih dahulu lampu hijau daripada pihak kerajaan,” kata Yusri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI