fbpx

Lagu Suhaimi Saad, Ina Naim terapi perubatan pelatih OKU, warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Shahbuddin Monil (dua dari kiri ) bersama Mohd. Fared Abdul Ghani menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang tunai kepada Suhaimi dan Ina di rumah mereka di Kubang Kerian semalam. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Album sulung bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 41, bersama isteri, Nordiana Mat Naim atau Ina Naim,37, dan empat anak-anak mereka menjadi terapi kepada pelatih di Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPPDK) Bandar Botanik, Klang, Selangor pada bulan Ramadan ini.

Kumpulan nasyid anak-beranak itu dikenali sebagai Bismillah menampilkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Selimut Putih, Bismillah, Zafrin Solawat, Keagungan Tuhan dan Kasihnya Ibu.

Pengerusi PPPDK Bandar Botanik, Datuk Nor Shahbuddin Monil berkata, pusat itu mempunyai seramai 45 orang pelatih yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Katanya, pemilihan album keluarga Suhaimi itu merupakan salah satu usaha PPPDK Bandar Botanik untuk mempromosikan lagu-lagu yang berunsur ketuhanan yang sesuai untuk terapi pelatih.

“Lagu-lagu daripada album ini pastinya sarat dengan pengisian agama, selawat dan nasihat yang bersesuaian untuk halwa telinga pelatih-pelatih di PPPDK Bandar Botanik ketika bulan Ramadan.

“Pelatih di PPPDK terdedah dengan aktiviti terapi muzik bagi membantu menggalakkan peningkatan kesejahteraan, menguruskan tekanan, mengurangkan kesakitan, mengekspresikan perasaan, meningkatkan memori, komunikasi dan pemulihan fizikal. Jadi, pemasangan lagu nasyid sesuai untuk pelatih-pelatih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang tunai kepada keluarga Suhaimi dan Ina dirumah mereka di Kubang Kerian di sini semalam.

Mengulas lanjut, menurut Nor Shahbuddin, beliau akan mencadangkan pemasangan lagu-lagu kumpulan Bismillah itu di PPPDK lain yang merupakan pertubuhan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI