fbpx

Kucing comel digelar ‘Spidercat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qiqi gemar memanjat ke tempat tinggi dan melompat dari satu tempat ke tempat lain. – Douyin

BEIJING – Seekor kucing baka British shorthair di China mendapat jolokan ‘Spidercat’ kerana memiliki kebolehan memanjat luar biasa seperti adiwira Spiderman, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Kucing bernama Qiqi itu dirakam memanjat dinding rumah tuannya di bandar Leshan, wilayah Sichuan secara bersahaja.

Menurut pemiliknya yang dikenali sebagai Luo, Qiqi berusia tiga tahun dan memang gemar memanjat untuk sampai ke tempat lebih tinggi seperti din­ding rumah. Haiwan itu kerap bermain dan melompat ke sana sini.

 

 

 

Seekor kucing di China tular di media sosial kerana memiki kebolehan memanjat dinding seperti karakter adiwira, Spiderman.
– Douyin

 

Kata Luo, dia sering memerhatikan Qiqi apabila menyedari ‘hobi’ memanjat dinding tersebut kerana bimbang haiwan kesayangannya terjatuh ke lantai.

Selepas beberapa ketika, Qiqi berjaya meyakinkan Luo dengan kecekapannya. Luo juga mula berkongsi video Qiqi memanjat di platform Douyin.

Aksi memanjat dinding Qiqi menerima pujian netizen yang kagum dengan kehandalan haiwan comel itu.

“Adakah ini Spiderman versi kucing? Inikah yang dikatakan Spidercat?” komen seorang pengguna media sosial.

“Saya rasa seperti sedang melihat cicak melekap di dinding dan bukannya seekor ku­cing,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI