fbpx
Farid selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya semalam.

‘Detektif Lim’ selamat bergelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon yang popular dengan watak Detektif Lim dalam drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya semalam.

Berita tersebut dikongsikan rakan artis, Zulkifli Ismail dalam Instagram ketika menghadiri majlis pernikahan pelakon berusia 56 tahun itu.

“Tahniah dan selamat pengantin baharu kepada sahabat saya, pelakon Farid Amirul Hisham Wu Abdullah dan pasangannya, Nor Hayati Abdullah yang selamat diijabkabulkan sebentar tadi (semalam).

“Majlis pernikahan dilangsungkan secara ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya doakan semoga Farid dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Menerusi hantaran tersebut, Zulkifli turut memuat naik foto bersama pasangan pengantin yang mengenakan busana pengantin berlatar belakang pelamin serba ringkas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut memberikan ucapan tahniah kepada pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah itu menerusi Twitternya selepas terserempak dengan pasangan pengantin itu di JAWI.

“Selamat pengantin baharu diucapkan kepada ‘Detektif Lim’ daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur,” ujar Zulkifli yang turut mendoakan agar Farid dan isteri berbahagia selain dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Selain terkenal menerusi drama Gerak Khas, Farid yang memulakan kerjaya lakonan sekitar tahun 1980-an pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Panggilan Pulau, Jibon, Bara, Leftenan Adnan, Pasrah dan Evolusi KL Drift. – K! ONLINE

POPULAR