fbpx

Tertarik karakter Nabil, wanita ajak Ayda Jebat bermadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda dan Nabil

PETALING JAYA – Wanita yang mudah jatuh cinta dengan lelaki suami orang memang wujud.

Perkara tersebut dilalui pelakon popular Ayda Jebat yang mendedahkan seorang individu dalam Instagram meluahkan hasrat untuk menjadi isteri kedua suaminya, Nabil Mahir.

Permintaan individu itu dikongsi pelantun lagu Jangan Nakal tersebut menerusi satu tangkap layar dalam InstaStorynya malam tadi.

Dalam perkongsian tersebut, individu itu dilihat meluahkan hasrat untuk bermadu dengan Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat, 29, kerana Nabil memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Hendak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ini tetapi tak jumpa-jumpa lagi,” tulis wanita berkenaan.

Bagaimanapun, Ayda yang menerima mesej tersebut tidak melenting mahupun marah tetapi menolak hasrat wanita itu dengan cara yang baik.

Malah, dia juga menitipkan doa agar wanita itu mendapat jodoh yang baik kelak.

“Salam, awak ini comellah. Jadi madu tak bolehlah, saya cubit awak nanti. Nakal ya!

“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik. Insya-Allah dan Istikharah! Selamat berjaya awak,” balas pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu.

Ayda dan Nabil selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis sederhana pada 1 Januari lalu.

Sejak bergelar suami isteri, pasangan itu sering menerima kecaman netizen kerana sering berkongsi momen bahagia secara terbuka dalam media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI