fbpx

Soon Huat harap ihsan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT-SHEVON berharap ihsan BAM untuk menanggung perbelanjaan untuk menyertai kejohanan Terbuka Switzerland bulan depan kerana mereka masih belum ada penaja.

SELEPAS digugurkan daripada skuad kebangsaan minggu lalu, pemain beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat terus giat mencari penaja baharu.

Soon Huat dan pasangannya, Shevon Lai memerlukan penaja baharu bagi memastikan mereka boleh menyertai kejohanan-kejohanan penting pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Soon Huat berkata, mereka masih mengharapkan ihsan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menanggung perbelanjaan untuk menyertai kejohanan Terbuka Switzerland bulan depan.

“Saya akui dengan situa­si sekarang, amat sukar untuk kami mencari penaja baharu, lebih-lebih lagi kejohanan di Switzerland akan bermula da­lam tempoh beberapa ming­gu lagi.

“Sebenarnya masa sudah semakin suntuk untuk kami, jadi kami sudah hantar surat kepada BAM memohon bantuan bagi memudahkan saya dan Shevon bermain di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Soon Huat, Terbuka Switzerland yang merupakan kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 itu sangat penting buat mereka kerana menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.

Pemain berusia 31 tahun itu juga menegaskan, dia tetap akan bergandingan dengan Shevon dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik meskipun sudah bergerak secara profesional.

“Sudah tentu saya akan terus bersama Shevon kerana kami sedang memburu tempat ke Olimpik. Saya masih terkejut dengan tindakan BAM tetapi saya percaya mereka ada alasan kukuh untuk gugurkan kami,” ujarnya.

Selain Soon Huat dan Shevon, dua lagi gandingan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mengintai peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI