fbpx

Warga emas rentung dalam kebakaran pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran sebuah pondok di Tambun, Ipoh yang mengorbankan warga emas hari ini.-Foto Ihsan JBPM

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di kebun jambu batu di Tambun di sini hari ini.

Identiti mangsa yang dianggarkan berusia 70-an itu bagaimanapun belum dikenal pasti.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, dua jentera bersama 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.55 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian, didapati pondok berkenaan telah terbakar kira-kira 90 peratus dan operasi pemadaman segera dijalankan.

“Pada mulanya, pihak bomba menerima maklumat kebakaran lalang namun mendapati kejadian adalah melibatkan kebakaran sebuah pondok.

“Operasi pemadaman segera dijalankan sebelum anggota menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung di bawah timbunan zink,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengawal kebakaran. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI