fbpx

Nazrief Nazri bakal bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazrief dan isteri.

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nazrief Nazri mengumumkan isterinya, Aizatul Akma kini hamil empat bulan.

Pemilik nama penuh Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, itu memaklumkan berita gembira tersebut menerusi satu hantaran Instagram hari ini dengan berkongsi sekeping foto bersama isterinya.

“Saya akan menjadi ayah tidak lama lagi! Alhamdulillah selepas kami kongsi kepada media tentang isu anak, tidak lama kemudian isteri saya maklumkan dia hamil anak sulung.

“Rezeki. Pada mulanya dia melakukan ujian kehamilan sendiri kemudian kami pergi ke klinik untuk sahkan perkara tersebut,” katanya dalam entri berkenaan.

 

Tangkap layar status yang dimuat naik Nazrief berhubung isterinya yang kini hamil empat bulan.

Pelakon drama Leftenan Zana itu turut mengajak pengikut Instagramnya untuk meneka jantina anak sulungnya.

Sementara itu, isterinya yang juga seorang model itu turut mengucapkan terima kasih atas semua doa yang dikirimkan kepadanya dan bayi dalam kandungan.

“Alhamdulillah, kami akan menerima cahaya mata sulung tidak lama lagi dan kini kandungan sudah berusia empat bulan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk semua doa yang diberikan,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di sebuah premis perkahwinan di sebuah premis acara di ibu negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI