fbpx

Gambar gigi sebenar wanita cuit hati pengguna Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik wanita ini mencuat hati pengguna Instagram. - DAILY STAR

LONDON – Gambar gigi sebenar seorang wanita yang mempunyai pipi terbesar di dunia mencuit hati pengguna laman Instagram baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Anastasia Pokreshchuk, 30, dari Ukraine mendedahkan gigi sebenarnya buat tatapan pengguna Instagram dengan gambar tersebut menerima lebih 14,200 tanda suka.

Dia yang gemar menyuntik wajahnya dengan cecair pepejal atau filler sebelum ini sering tampil dengan gigi sempurna.

Guraunya ketika memuat naik gambar tersebut, gigi sebenarnya itu digemari oleh kaum lelaki.

Tindakannya itu disifatkan sebagai lucu oleh pengguna laman media sosial tersebut dengan rata-rata mereka turut bergurau mengenainya.

Seorang pengguna berkata, gambar itu merupakan yang terbaik pernah dilihatnya pada hari ia dimuat naik.

“Awak benar-benar tahu bagaimana untuk mengambil gambar yang baik,” menurut seorang lagi pengguna Instagram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI