fbpx

Diserbu gagal sedia penginapan pekerja yang sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JTK Terengganu memeriksa sebuah penginapan buruh pembinaan di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua tapak pembinaan di bandar raya ini didapati gagal menyediakan penginapan yang bersesuaian terhadap tenaga kerja mereka.

Operasi yang dijalankan Jabatan Tenaga Kerja (JKT) Terengganu itu mendapati buruh pembinaan termasuk warga asing di kedua-dua tapak pembinaan berkenaan duduk bersesak-sesak dalam penginapan yang disediakan majikan mereka.

Pengarah JTK Terengganu, Mohd. Hajazy Jusoh berkata, pemeriksaan di tapak pembinaan pertama mendapati 249 pekerja termasuk 210 warga asing terpaksa duduk di penginapan yang hanya mampu menampung 192 orang.

“Bagi tapak pembinaan kedua pula, hanya 35 unit penginapan disediakan untuk dihuni 50 pekerja termasuk 18 warga asing dan 23 berstatus penduduk tetap.

“Ia jelas gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kegagalan menyediakan fasiliti ditetapkan untuk pekerja itu dibimbangkan memberi impak negatif termasuk menimbulkan kesukaran mengawal penularan Covid-19.

Jelasnya, pihaknya sedang mengarahkan majikan di kedua-dua tapak pembinaan berkenaan mengemukakan dokumen berkaitan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI