fbpx

31 individu tidak pakai pelitup muka dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzaimi Mohamed (kiri) bertanya khabar keadaan tiga beradik yatim piatu kepada nenek mereka, Che Som Hussin di Kampung Cabang Tiga Gemas, Jalan Sungai Sam-Dabong hari ini.

KUALA KRAI – Seramai 31 individu yang tidak memakai pelitup muka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di daerah ini dikenakan kompaun.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, jumlah tersebut bermula daripada pelaksanaan PKP 2.0 pada 16 Januari lalu sehingga semalam.

Jelas beliau, polis tidak akan berkompromi dengan individu atau pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKP 2.0.

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak PKP 2.0 hingga semalam di daerah ini ialah 60 kes. Daripada jumlah tersebut, tidak memakai pelitup muka merupakan kesalahan yang paling banyak dikesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang bersama Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Kuala Krai di Kampung Cabang Tiga Gemas, Jalan Sungai Sam-Dabong di sini hari ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI