fbpx

New Zealand laksana perintah berkurung mengejut tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. - Getty Images

AUCKLAND, New Zealand – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung mengejut selama tiga hari di bandar Auckland berkuat-kuasa tengah malam ini.

Arahan perintah berkurung itu dikeluarkan buat pertama kali sejak enam bulan lalu selepas tiga kes Covid-19 dikesan berpunca daripada penularan tempatan, lapor agensi berita AFP, hari ini.

Sebelum ini, New Zealand menerima pujian daripada masyarakat dunia apabila berjaya mengekang penularan wabak maut itu dan hanya mencatat 25 kes kematian dalam populasi lima juta penduduk.

Namun begitu, hampir dua juta penduduk Auckland diarahkan untuk berada di rumah bermula tengah malam Ahad apabila perintah berkurung tahap tiga yang turut melibatkan penutupan sekolah dan premis perniagaan.

“Kami mohon penduduk Auckland untuk kekal di rumah untuk mengelakkan risiko penyebaran virus Covid-19,” kata Ardern.

Beliau menambah, arahan perintah berkurung itu merupakan langkah berjaga-jaga.

Ia berikutan kebimbangan kes baharu tersebut mungkin berpunca daripada varian Covid-19 yang lebih mudah berjangkit.

Semua perjalanan keluar masuk ke Auckland selama tiga hari akan dihadkan dan dibenarkan untuk sektor penting sahaja.

Bandar lain di New Zealand akan mula digerakkan ke tahap dua iaitu berjaga-jaga dengan semua orang diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada dalam pengangkutan awam dan perhimpunan hanya terhad kepada 100 orang dalam satu-satu masa.

“Saya tahu kita semua merasakan situasi seperti sekarang tidak akan berulang.

“Tapi ingat, kita pernah melaluinya dahulu jadi itu bermaksud kita tahu bagaimana untuk keluar dari situasi sukar ini bersama-sama,” ujar Ardern. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI