fbpx

Jacinda Ardern lebih popular di luar New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jacinda Ardern bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam sesi soal jawab pada Forum Kepimpinan Australia-New Zealand di Sydney semalam. - AAP IMAGE

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dikatakan lebih popular di luar negara berbanding dalam kalangan rakyatnya sendiri, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pengaruh Ardern dikatakan tidak begitu kukuh di New Zealand di mana perdana menteri berkenaan berdepan perasaan tidak puas hati  pengundi yang semakin meningkat berikutan cara beliau menangani pandemik Covid-19.

Ardern dikritik secara meluas kerana dasar kawalan Covid-19 yang dianggap keras pada peringkat awal pandemik.

Beliau berada di Australia pada minggu ini dalam misi perdagangan dan pelancongan selepas menjelajah ke serata dunia termasuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Ardern duduk bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam sesi soal jawab pada Forum Kepimpinan Australia-New Zealand di Sydney. 

Menerusi satu temu bual tele­visyen, beliau disoal oleh wartawan saluran televisyen ABC, Sarah Ferguson tentang bagaimana perasaannya apabila dilabelkan sebagai ‘selebriti global’.

Ardern yang jelas tidak selesa akan soalan itu dengan cepat menafikannya dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menganggap dirinya berada dalam kategori tersebut.

“Bagi saya (tiada istilah selebriti), saya mengutamakan New Zealand dan sebagai Perdana Menteri New Zealand tumpuan saya sepenuhnya adalah kepada negara kami,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI