fbpx

Tiga sekawan terperangkap dalam air pasang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berada dalam keadaan selamat ketika ditemui di lokasi kejadian.

KUCHING – Tiga sekawan yang terperangkap di pantai Kampung Trombol di Telaga Air di sini akibat kejadian air pasang telah berjaya diselamatkan malam tadi.

Komander Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nooruldin Talap berkata, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Tabuan Jaya telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 2.56 petang.

“Pasukan bomba berjalan menuju ke lokasi kejadian melalui persisiran pantai dengan jarak lokasi mangsa dianggarkan sejauh 2.96 meter dari sebuah tempat penginapan sementara di Kampung Trombol.

“Namun, perjalanan ke lokasi mangsa terpaksa dihentikan apabila terdapat sungai yang agak dalam menghalang pasukan bomba untuk menyeberang ke arah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, pasukan bomba kemudiannya menggunakan sebuah bot penyelamat bomba untuk bergerak dari Feri Rambungan ke lokasi mangsa melalui Sungai Batang Rambungan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI