fbpx

MTVET perkenal tiga teras strategik bagi perkasa TVET negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (dua dari kiri) hadir mesyuarat julung kali MTVET yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

PUTRAJAYA – Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (MTVET) memperkenalkan tiga teras strategik dan 12 strategi pemerkasaan bagi memperkasakan TVET sebagai agenda negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, tiga teras berkenaan termasuk tadbir urus bersepadu dan terselaras, TVET dipacu industri dan TVET mencorak masa hadapan.

Beliau berkata, enam inisiatif utama dikemukakan sebagai hala tuju agenda pemerkasaan TVET iaitu merangka model pembiayaan mampan dan membangun polisi untuk menggalakkan penyertaan industri.

“Inisiatif utama lain termasuk mewujudkan Pelan Penjenamaan TVET Nasional, menubuhkan Hab Kerjasama TVET, mewujudkan polisi penyelarasan penawaran program TVET dan membangunkan Data Raya TVET.

“Bagi menyokong inisiatif itu, kolaborasi strategik merentas kementerian yang disokong oleh pembabitan pihak industri akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan institusi pendidikan dapat merancang serta melatih pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat julung kali MTVET yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Noraini berkata, struktur tadbir urus MTVET terdiri daripada tiga peringkat iaitu MTVET Negara, Jawatankuasa Eksekutif MTVET dan Kumpulan Fokus TVET.

“MTVET Negara dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa Eksekutif MTVET dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Sumber Manusia.

“Manakala, Kumpulan Fokus MTVET pula dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI