fbpx

Keputusan Zahid lonjakkan semangat UMNO – Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melambai ke arah penyokong yang menunggu selepas dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah bagi kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

PETALING JAYA- Wanita UMNO Malaysia mengganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 hari ini sebagai satu lonjakan semangat kepada ahli-ahli untuk terus berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada parti tersebut.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata keputusan ini sudah pastinya perkhabaran yang gembira dan amat melegakan kepada seluruh ahli UMNO khususnya Wanita UMNO Malaysia.

“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan kesyukuran di atas keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Alhamdulillah, ketabahan dan kesabaran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga mengharungi waktu-waktu sukar dalam tempoh beberapa tahun ini telah berakhir dengan keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Wanita UMNO Malaysia menyeru kepada seluruh ahli UMNO untuk terus bersama-sama bersolidariti memperkukuhkan dan memperkasakan Institusi Presiden dan Parti.

“Wanita UMNO Malaysia akan terus menumpukan segala tenaga untuk membantu kemenangan Kerajaan Perpaduan di dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram serta PRK Pelangai yang akan diadakan tidak berapa lama lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI